Ahad, 28 Februari 2021 | 12:01am
Ahli keluarga, Fitrah Dhia Zahraa Zaidi, 9, dan Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, gagal menahan kesedihan selepas ditemui lemas ketika mandi di pantai Kampung Sungai Ular, hari ini. Seorang lagi mangsa Mohd Fazrul Hakimi Mohd Arifin,11, masih hilang dan seorang mangsa lagi Fitrah Dhia Zulikha Zaidi,13, berjaya diselamatkan penduduk kampung.Mereka berempat yang tinggal berhampiran dengan tempat kejadian dipercayai turun bermain di pantai kira-kira 5.30 petang dan didapati lemas kira-kira jam 5.45 petang. - Foto BERNAMA

'Sempat pegang tangan adik sebelum dipukul ombak'

KUANTAN: Mangsa terselamat dalam tragedi lemas di Pantai Sungai Ular hari ini, Fitrah Dhia Zulaikha Zaidi sempat memegang tangan adiknya Fitrah Dhia Zahraa', sebelum terlepas akibat dipukul ombak.

Remaja berusia 13 tahun yang hampir tenggelam dalam kejadian malang petang tadi, berkata dia hanya mampu melihat adiknya berusia sembilan tahun semakin jauh dibawa ombak sebelum tubuhnya ditarik oleh lelaki yang menaiki bot.

"Sebelum itu, adik berlari ke laut bersama rakan lain tanpa menunggu saya...tiba-tiba saya lihat adik terkapai-kapai dan semakin tenggelam menyebabkan saya terus berlari masuk ke laut untuk menyelamatkannya," katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Fitrah Dhia Zulaikha Zaidi, 13, sedih ketika menceritakan semula detik kejadian yang mengorbankan adiknya Fitrah Dhia Zahraa Zaidi, 9, dan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, selepas mereka ditemui lemas ketika mandi di pantai Kampung Sungai Ular, hari ini.Seorang lagi mangsa Mohd Fazrul Hakimi Mohd Arifin,11, masih hilang.Mereka berempat yang tinggal berhampiran dengan tempat kejadian dipercayai turun bermain di pantai kira-kira 5.30 petang dan didapati lemas kira-kira jam 5.45 petang. - Foto BERNAMA

Fitriah Dhia Zulaikha sebelum itu sudah berjanji dengan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, untuk mandi di pantai dan mereka berjalan kaki ke pantai yang terletak kurang 200 meter dari rumah sekitar jam 5.30 petang.

Dalam kejadian itu, Nor Najuwa turut lemas manakala adiknya Mohd Fazrul Hakimi, 11, dilaporkan masih hilang. Mayat kedua-dua mangsa ditemukan sekitar jam 6 petang tadi.

Sementara itu, bapa Fitrah Dhia Zahraa', Zaidi Mukhtar, 38, yang juga anggota tentera laut berkata, mangsa adalah anak kedua daripada empat beradik kerap meminta izin untuk mandi di pantai itu sejak beberapa hari lalu.

Zaidi tidak membenarkan anak-anaknya ke pantai tanpa pengawasan orang dewasa dan biasanya gemar membawa mereka ke kolam renang di sebuah chalet berhampiran kerana lebih selamat.

"Bagaimanapun, disebabkan anak asyik meminta, saya membawa mereka mandi di pantai semalam. Namun, anak masih bertanya jika boleh ke pantai sekali lagi hari ini... mungkin dia tidak puas kerana semalam kami turun agak lewat kira-kira jam 6.30 petang.

"Saya masih berada di pejabat semasa menerima panggilan telefon daripada isteri yang hanya menangis jam 6 petang tadi. Saya tahu ada benda tidak baik berlaku dan terus pulang tanpa bertanya lanjut dan melihat orang sudah ramai di pantai," katanya.

Zaidi berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chini Timur 1 esok.

Bapa Nor Najuwa dan Mohd Fazrul Hakimi, Mohd Ariffin Ismail, 55, berkata walaupun tinggal berhampiran pantai, anak keempat dan kelima itu jarang berpeluang mandi kerana tidak mengizinkan mereka ke pantai tanpa pengawasan orang dewasa.

"Mereka minta izin untuk mandi hari ini, tapi tidak sangka mereka terlalu seronok dapat ke pantai sehingga tiba terlebih dahulu daripada orang lain. Saya cuma berharap Mohd Fazrul Hakimi ditemukan segera," katanya. – BERNAMA

Berita Harian X