Isnin, 21 Disember 2020 | 6:03pm
POLIS menahan dua beranak yang leka menghisap dadah ketika mengadakan Op Tapis Khas di kawasan sawah padi dekat Pekan Darat, Kepala Batas. FOTO Ihsan PDRM
POLIS menahan dua beranak yang leka menghisap dadah ketika mengadakan Op Tapis Khas di kawasan sawah padi dekat Pekan Darat, Kepala Batas. FOTO Ihsan PDRM

Dua beranak ditahan ketika leka hisap dadah

KEPALA BATAS: Dua beranak ditahan polis ketika sedang leka menghisap dadah di kawasan sawah padi dekat Pekan Darat di sini, jam 11 pagi tadi.

Dua ditahan itu lelaki berusia 46 tahun dan anak lelakinya, 17 , yang tidak bersekolah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam tangkapan itu polis turut merampas 3.16 gram dadah jenis heroin bernilai RM158.

"Ujian saringan air kencing kedua beranak itu positif dadah.

"Mereka adalah sebahagian daripada 25 individu berusia 17 hingga 70 tahun yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39 A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Berita Harian X