Sabtu, 5 Disember 2020 | 10:14pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

6 penghantar makanan ditahan, rogol remaja berusia 15 tahun

PETALING JAYA: Polis menahan enam lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan di Kampung Sungai Kayu Ara, di sini, Rabu lalu selepas disyaki merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah hotel, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata hasil siasatan awal, semua suspek mengaku melakukan perbuatan itu.

"Pada jam 12 tengah hari Rabu lalu, seorang wanita dimaklumkan oleh mangsa yang juga adiknya mengenai kejadian dirogol enam lelaki dikenalinya di sebuah hotel.

"Sejurus itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan suspek di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara.

"Empat suspek berusia 20 hingga 22 tahun manakala dua lagi berusia 16 dan 17 tahun.

Bagaimanapun, dua suspek itu sudah tidak bersekolah dan juga bekerja sebagai penghantar makanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, semakan lanjut mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.

"Mangsa mengalami tekanan emosi dan sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya.

Kes masih dalam siasatan. Semua suspek direman tujuh hari mengikut Seksyen 375(b) Kanun Keseksaan.

Berita Harian X