Ahad, 29 November 2020 | 1:44pm

Budak 4 tahun maut dicampak dari tingkat 4 pangsapuri

KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia 4 tahun, maut selepas dicampak oleh datuk tirinya dari tingkat empat, sebuah pangsapuri di Danau Kota, Setapak, di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, dicampak selepas lelaki itu seorang warga Nigeria berusia 42 tahun, cuba merogol anak tirinya yang juga ibu kepada Muhammad Adam, dalam kejadian sekitar 7.40 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8 pagi dan mendapati suspek cuba merogol salah seorang anak tirinya di ruang tamu.

"Siasatan awal mendapati suspek, warga Nigeria cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu, namun dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain.

"Anak tiri mangsa berusia 19 tahun hingga 29 tahun cuba menghalang tindakannya. Suspek yang mula berang, mengamuk dan memukul serta menghentak kesemua mangsa yang ada dalam rumah berkenaan," katanya kepada media di sini sebentar tadi

Beliau berkata suspek mula bertindak di luar kawalan selepas melihat anak-anak tirinya menjerit dan meminta tolong orang ramai sebelum mengangkat Muhammad Adam menuju ke tingkap luar bilik utama dan mencampaknya ke bawah.

"Suspek juga kemudian turut melompat keluar melalui tingkat sama namun terjatuh.

"Dia dapat ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang ramai yang kemudian menyerahkannya kepada polis," katanya.

Saksi kejadian menunjukkan lokasi seorang kanak-kanak lelaki maut terjauh dari tingkat empat di sebuah apartment di Danau Kota, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Twitter BERNAMA

Berita Harian X