Ahad, 29 November 2020 | 9:06am
Rumah mangsa di Bangsar diceroboh awal pagi tadi.NSTP/Ihsan PDRM
Rumah mangsa di Bangsar diceroboh awal pagi tadi.NSTP/Ihsan PDRM

Bekas penyelidik maut, diserang penceroboh

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas diserang perompak di sebuah kediaman di Bangsar, di sini pagi ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga bekas penyelidik dipercayai mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian, selepas rumahnya diceroboh sebelum waktu Subuh tadi.

Difahamkan ahli keluarga yang lain turut cedera dalam kejadian itu.

Salah seorang ahli keluarga yang dihubungi BH, sebentar tadi mengesahkan kejadian itu namun beliau enggan mengulas lanjut.

BH difahamkan, ketika ini jenazah mangsa berada di Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, manakala ahli keluarga lain juga di hospital sama untuk dirawat.

Sementara itu usaha wartawan menghubungi polis ketika ini masih belum mendapat maklumat lanjut.

Bekas penyelidik maut diserang perompak apabila rumahnya diceroboh awal pagi tadi. NSTP/Ihsan PDRM
Bekas penyelidik maut diserang perompak apabila rumahnya diceroboh awal pagi tadi. NSTP/Ihsan PDRM

Berita Harian X