Selasa, 3 November 2020 | 11:37am
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Lelaki acu pisau ugut bunuh jiran

TASEK GELUGOR: Disebabkan marah dirinya dituduh merosakkan pintu menyebabkan seorang lelaki mengamuk dan mengacukan pisau ke arah jirannya dalam kejadian, di Lahar Tambun, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa wanita berusia 62 tahun melihat pintu hadapan kediamannya rosak akibat ditendang ketika keluar rumah, jam 7.30 pagi.

"Anak saudara mangsa ternampak pintu rosak akibat ditendang jiran lelaki.

"Mangsa ke rumah suspek untuk bertanya, namun suspek mengamuk dan mengacukan pisau ke arahnya menyebabkan mangsa ketakutan dan berlari pulang ke rumahnya," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Bimbang keselamatannya, mangsa terdengar bunyi orang menendang pintu, jam 4 pagi, kemudian membuat laporan polis.

"Polis kemudian menahan suspek berusia 32 tahun yang juga ada rekod jenayah lampau kes dadah. Kes siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita Harian X