KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan AmBank, AMMB Holdings Berhad dan bekas Pegawai Perhubungan bank itu, Joanna Yu untuk membatalkan saman dikemuka bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Saman itu berhubung dakwaan Najib bahawa AmBank dan Yu melakukan kecuaian ketika mengendalikan akaun banknya dengan mendedahkan kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Khadijah Idris membenarkan permohonan tiga defendan berkenaan untuk membatalkan saman terbabit, selepas mendapati ia tidak boleh dipertahan.