Isnin, 10 Ogos 2020 | 10:09am
SHAH ALAM 10 OGOS 2020. Bomba temui empat sekeluarga selamat di dalam bilik air sebuah rumah yang terbakar di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam. NSTP / IHSAN BOMBA
SHAH ALAM 10 OGOS 2020. Bomba temui empat sekeluarga selamat di dalam bilik air sebuah rumah yang terbakar di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam. NSTP / IHSAN BOMBA

4 beranak berpelukan dalam bilik air rumah yang terbakar

SHAH ALAM : Empat sekeluarga ditemui berpelukan dan hampir sesak nafas dalam bilik air di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata empat sekeluarga itu, iaitu pasangan suami isteri dan dua anak mereka bersembunyi dalam bilik air di bilik tidur utama rumah berkenaan ditemui dalam keadaan basah kerana berpeluh, tetapi berjaya diselamatkan.

Katanya bomba menerima panggilan pada jam 2.18 pagi dan tiba di lokasi sejauh 18 kilometer itu pada jam 2.37 pagi.

Bomba temui empat sekeluarga selamat di dalam bilik air sebuah rumah yang terbakar di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam. - Foto ihsan Bomba
Bomba temui empat sekeluarga selamat di dalam bilik air sebuah rumah yang terbakar di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam. - Foto ihsan Bomba

"Sewaktu bomba sampai, kita dapati kebakaran di tingkat bawah rumah teres dua tingkat dan bomba dimaklumkan ada mangsa namun tidak tahu jumlahnya.

"Jadi, pasukan dibahagi kepada dua, satu penyelamatan, satu lagi pemadaman. Pasukan penyelamatan buat pemadaman untuk memasuki ke rumah atas dan mencari mangsa.

"Ketika ditemui mangsa hanya diam saja, kami bertawakal dan berserah pada Tuhan agar dapat temui mereka dalam keadaan selamat dan dimaklumkan keluarga berkenaan kini dirawat di sebuah hospital swasta berhampiran," katanya.

Operasi membabitkan 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dengan bantuan BBP Kapar dan BBP Sungai Pinang.

SHAH ALAM 10 OGOS 2020. Bomba temui empat sekeluarga selamat di dalam bilik air sebuah rumah yang terbakar di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam. - Foto ihsan Bomba
SHAH ALAM 10 OGOS 2020. Bomba temui empat sekeluarga selamat di dalam bilik air sebuah rumah yang terbakar di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam. - Foto ihsan Bomba

Berita Harian X