Sabtu, 1 Ogos 2020 | 7:39pm
Wanita warga emas maut dipercayai dilanggar lari ketika melintas jalan di Kilometer 8 Jalan Ayer Tawar - Ipoh, Ayer Tawar, Manjung, hari ini. - Ihsan pembaca
Wanita warga emas maut dipercayai dilanggar lari ketika melintas jalan di Kilometer 8 Jalan Ayer Tawar - Ipoh, Ayer Tawar, Manjung, hari ini. - Ihsan pembaca

Warga emas maut dilanggar lari

MANJUNG: Wanita warga emas maut dipercayai dilanggar lari ketika melintas jalan untuk ke pasar pagi di Kilometer 8, Jalan Ayer Tawar - Ipoh, Ayer Tawar dekat sini, hari ini.

Mangsa, Koh Ah Siew, 73, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah selepas dilanggar sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.23 pagi.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang belum dikenal pasti dari Ayer Tawar menghala ke Ipoh tidak sempat mengelak merempuh mangsa yang melintas dari kanan ke kiri jalan.

"Mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, polis kini sedang mencari saksi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X