Selasa, 26 Mei 2020 | 4:31pm
Suspek yang ditangkap kerana rentas daerah tanpa kebenaran, memandu dalam keadaan mabuk dan maki polis. - Foto NSTP/Melvin Joni
Suspek yang ditangkap kerana rentas daerah tanpa kebenaran, memandu dalam keadaan mabuk dan maki polis. - Foto NSTP/Melvin Joni

Padah rentas daerah tanpa kebenaran, mabuk, maki polis

KUCHING: Seorang lelaki ditahan kerana bukan sahaja rentas daerah tanpa kebenaran tetapi juga memandu dalam keadaan mabuk serta memaki hamun polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan ketika melalui sekatan jalan raya Op Bersepadu COVID-19 di Jalan Lapangan Terbang Kuching, di sini kira-kira jam 3.15 pagi tadi.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, suspek yang dalam keadaan mabuk tidak mahu memberi kerjasama dan mengeluarkan perkataan kesat serta memarahi petugas di sekatan jalan raya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata suspek juga gagal memberi alasan yang munasabah kerana merentasi daerah dari Padawan ke Kuching dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Awang Din berkata suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 509 KK dan Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Berita Harian X