Sabtu, 25 April 2020 | 5:27pm
Anggota Polis Diraja Malaysia dibantu anggota Tentera Darat menguatkuaskan PKP untuk memantapkan kawalan bagi menangani penularan Covid-19 ketika sekatan jalan raya di Jalan Raja Muda Abdul Aziz. - Foto Asyraf Hamzah
Anggota Polis Diraja Malaysia dibantu anggota Tentera Darat menguatkuaskan PKP untuk memantapkan kawalan bagi menangani penularan Covid-19 ketika sekatan jalan raya di Jalan Raja Muda Abdul Aziz. - Foto Asyraf Hamzah

15 individu dicekup ingkar PKP

KUALA LUMPUR: Seramai 15 individu ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara jam 10 pagi semalam hingga 3 pagi tadi.

Semua mereka ditahan hasil rondaan dan sekatan jalan di sekitar Petaling Jaya, membabitkan 10 warga tempatan, empat warga India dan seorang berasal dari Pakistan berusia antara 19 hingga 62 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata antara kesalahan dikesan ialah menyalahgunakan dokumen syarikat untuk urusan peribadi dan gagal memberi alasan mengenai pergerakan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Justeru, polis memberi amaran kepada orang awam supaya mematuhi PKP yang sudah memasuki fasa ketiga pada 15 April lalu.

"Kegagalan mematuhi arahan membolehkan orang ramai ditangkap dan didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita Harian X