Isnin, 13 April 2020 | 4:33pm

Kafe dipecah masuk rugi RM10,000

KUALA LUMPUR: Sebuah kafe kerugian kira-kira RM10,000 selepas dipecah masuk di Pusat Bandar Puchong, dekat Serdang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, perompak melarikan beberapa botol arak dan sejumlah wang tunai.

“Suspek pecah masuk melalui pintu hadapan kedai itu.

“Hasil siasatan berjaya memperolehi dua kesan cap jari, bagaimanapun tiada CCTV (kamera litar tertutup) di kedai berkenaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk premis kafe berkenaan.

Berita Harian X