Khamis, 2 April 2020 | 4:08pm
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik. - Foto BERNAMA
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik. - Foto BERNAMA

85 ingkar PKP ditahan di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan 85 individu dengan Kemaman mencatat jumlah tertinggi, iaitu 32 orang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, berkata daerah lain meliputi, Kuala Terengganu (20 orang), Besut (11 orang) serta Dungun dan Marang masing-masing 10 tangkapan.

“Bagi daerah Setiu dan Hulu Terengganu pula, masing-masing dengan satu tangkapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Roslee berkata, pihaknya menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan mereka mematuhi PKP supaya rangkaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Katanya, orang ramai perlu bekerjasama dan mematuhi arahan PKP dan tidak keluar rumah berkali-kali tanpa urusan mustahak.

“Menerusi PKP Fasa Kedua bermula semalam hingga 14 April ini, hampir 2,000 orang termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) digerakkan untuk memantau pelaksanaan PKP termasuk di sekatan jalan raya dan bilik gerakan.

“Kadar pematuhan masyarakat di Terengganu juga meningkat kepada 96 peratus,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X