X
Isnin, 30 March 2020 | 12:58am

Kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai didera

BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia pada jam 7.15 pagi semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim, berkata susulan itu, pengasuh kanak-kanak terbabit berusia 33 tahun bersama suaminya berumur 41 tahun ditahan.

“Hasil siasatan awal mendapati abang mangsa yang berusia enam tahun turut dipercayai didera berdasarkan kesan lebam pada badannya.

“Pihak polis menyelamatkan abang mangsa yang kini mendapatkan rawatan di HSNI dan dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Difahamkan, ibu kepada dua kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal dan menyerahkan anaknya kepada pengasuh terbabit untuk dijaga kerana bekerja.

Berita Harian X