Sabtu, 14 March 2020 | 5:13pm
MAJLIS Perbandaran Selayang (MPS) menyerbu Pasar Borong Selayang dalam satu operasi bersepadu besar-besaran bagi membanteras peniaga warga asing, Rabu lalu. - Foto ihsan MPS

MPS, polis serbu Pasar Borong Selayang

KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyerbu Pasar Borong Selayang dalam satu operasi bersepadu besar-besaran bagi membanteras peniaga warga asing, Rabu lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, operasi itu membabitkan lebih 250 anggota dari MPS dan juga Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Hasil operasi itu, MPS mengeluarkan 10 kompaun selain menyita hampir 170 bakul berisi pelbagai barang jualan selaras peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 46(1)d, Akta Jalan Parit dan Bangunan serta Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Penjaja.

“Operasi besar-besaran ini dilaksanakan untuk membanteras kegiatan perniagaan warga asing yang sekian lama berleluasa di kawasan berkenaan.

“Dalam serbuan itu, didapati kebanyakan peniaga asing ini menjalankan perniagaan di bahu jalan dan kawasan kaki lima tanpa permit sah.

“Ketika serbuan dibuat, penjaja warga asing bertindak melarikan diri dari gerai dan meninggalkan barang jualan mereka. MPS mendapati, beberapa peniaga turut meletakkan barang perniagaan di hadapan kedai mereka sehingga menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam dan trafik,” menurut MPS.

Ketika serbuan, polis juga melaksanakan pemeriksaan dan tangkapan ke atas warga asing yang disyaki melakukan kegiatan jenayah di kawasan terbabit.

MPS mengakui isu peniaga warga asing di Pasar Borong Selayang bukan permasalahan baharu namun pihaknya menegaskan akan terus memantau dan menjalankan operasi bersepadu membabitkan agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Langkah itu, katanya dapat memastikan isu warga asing ditangani dengan lebih baik dan cekap.

Berita Harian X