Jumaat, 6 March 2020 | 11:16pm

Suspek buli jalan raya berusia 61 tahun ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki di Kota Damansara, dekat Petaling Jaya, malam ini, selepas dipercayai membuat provokasi melampau dengan menumbuk dan meludah kereta seorang pemandu lain selepas perselisihan faham ketika menukar lorong di jalan raya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata suspek berusia 61 tahun itu akan direman esok.

“Tangkapan seorang lelaki berusia 61 tahun di Kota Damasara, jam 7 malam tadi.

“Dia akan direman esok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menerusi rakaman video berdurasi 55 saat yang tular, seorang lelaki dirakam berada dalam sebuah kenderaan lain menunjukkan isyarat tidak senonoh kepada mangsa, di Jalan Teknologi, Seksyen 6 Kota Damansara, semalam.

Suspek kemudian memintas kereta mangsa turun lalu mengetuk dan menumbuk cermin tingkap kereta mangsa beberapa kali selain mengarahkan mangsa untuk keluar serta cuba membuka pintu kereta mangsa.

Mangsa tidak mempedulikan provokasi dibuat suspek dan terus merakam menyebabkan lelaki itu semakin berang sebelum meludah cermin tingkap kereta mangsa selain merosakkan cermin sisi kenderaan itu sebelum beredar.

Menerusi rakaman video berdurasi 55 saat yang tular, seorang lelaki dirakam berada dalam sebuah kenderaan lain menunjukkan isyarat tidak senonoh kepada mangsa, di Jalan Teknologi, Seksyen 6 Kota Damansara, semalam.
Menerusi rakaman video berdurasi 55 saat yang tular, seorang lelaki dirakam berada dalam sebuah kenderaan lain menunjukkan isyarat tidak senonoh kepada mangsa, di Jalan Teknologi, Seksyen 6 Kota Damansara, semalam.
Berita Harian X