Ahad, 9 Februari 2020 | 9:23pm
KEADAAN motosikal yang melanggar belakang lori di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, tengahari tadi. - Foto ihsan PDRM
KEADAAN motosikal yang melanggar belakang lori di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, tengahari tadi. - Foto ihsan PDRM

Lelaki maut langgar belakang lori

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut dengan tempurung kepala pecah dan putus tangan kanan, selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang lori di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, tengahari tadi.

Dalam kejadian jam 12.35 tengah hari itu, mangsa, Muhamad Fadhli Abdul Rahim, 30, yang berasal dari Lorong Pendekar Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, meninggal dunia akibat kecederaan parah dialami.

Bagaimanapun, pemandu lori, Mohd Mustapha Mat Daud, 54 berasal dari Kampung Pek, Machang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang.

Beliau berkata, sebaik sampai ke lokasi, motosikal jenis Kawasaki KLE650-E dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori yang berhenti untuk memasuki simpang kanan.

“Mangsa dipercayai menunggang motosikal terlalu laju dan tidak sempat menekan brek apabila keadaan terlalu hampir dengan belakang lori,” katanya.

Mohd Taufik berkata, akibat rempuhan itu, tangan kanan mangsa terputus dan tersangkut pada besi pagar lori terbabit.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Gua Musang (HGM) dan kea disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X