Jumaat, 24 Januari 2020 | 12:39pm
Mayat bayi lelaki ditemui ditinggalkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tua, Gombak. - Ihsan PDRM
Mayat bayi lelaki ditemui ditinggalkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tua, Gombak. - Ihsan PDRM

Bayi lelaki cukup sifat ditemukan mati

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemukan mati di Tanah Perkuburan Sungai Tua, Batu Caves.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata mayat bayi yang masih mempunyai uri itu dijumpai orang awam yang melalui kawasan itu di tepi jalan.

“Siasatan awal mendapati, mayat bayi yang berada di tepi beg hitam dan dibaluti kain itu ditemukan dalam keadaan sempurna juga cukup sifat dan dianggarkan berusia sekitar dua hari.

“Mayat bayi ini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” katanya.

Arifai menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Nur Atiqah Zulkefli di talian 014-5335538 atau 03-66126222.

Berita Harian X