Rabu, 22 Januari 2020 | 11:06am

Warga emas maut dirempuh bas

KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki warga emas maut, selepas dirempuh sebuah bas Rapid di Jalan Chan Sow Lin menghala ke hab Lebuh Pudu, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan maut di lokasi kejadian.

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bas Rapid KL Laluan 590 tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa yang dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba.

“Kapten (pemandu) bas berserta 20 penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Laporan sudah dibuat di Balai Polis Jalan Bandar, Kuala Lumpur.

“Rapid Bus akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Berita Harian X