Khamis, 9 Januari 2020 | 12:55pm
- Gambar hiasan

Imam mati ditetak

TENOM: Imam surau Kampung Mamaitom, di sini, maut ditetak seorang lelaki, jam 5.30 pagi tadi.

Mangsa Platani Ukir, 35, dikatakan diserang suspek berusia 53 tahun yang juga sepupu mangsa.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, suspek dikatakan mengalami masalah mental.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dipercayai baru selesai menunaikan solat Subuh di surau.

“Mangsa ditetak di belakang kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kejadian disedari saksi yang terdengar bunyi bising di luar rumah. Mangsa dilihat terbaring dalam keadaan suspek menekan leher mangsa sambil memegang tukul, manakala parang diselit di pinggang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

- Gambar hiasan

Hasan berkata, saksi cuba membantu mangsa tetapi dihalang suspek.

Katanya, polis berjaya menangkap suspek dan merampas sebilah parang serta tukul daripada lelaki kurang siuman itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X