Sabtu, 14 Disember 2019 | 6:04pm
Penduduk kampung terpaksa berpindah selepas rumah dinaiki air di Kampung Melayu Mardi, Kluang. - NSTP/Adnan Ibrahim
Penduduk kampung terpaksa berpindah selepas rumah dinaiki air di Kampung Melayu Mardi, Kluang. - NSTP/Adnan Ibrahim

161 mangsa dari empat kampung dipindahkan

SIMPANG RENGGAM: Seramai 161 mangsa daripada 47 keluarga dari empat kampung di sini menjadi mangsa terbaru dipindahkan akibat banjir di daerah Kluang.

Tiga kampung yang terbabit adalah Batu 6, Sungai Rambai dan Ulu Benut Md Amin.

Pegawai Daerah Kluang, Ismail Abu, berkata semua mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Kencana di Ulu Benut, dekat sini.

Anggota Pertahanan Awam membantu memindah mangsa banjir di Pusat Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Jalan Sawi, Kluang. - NSTP/Adnan Ibrahim
Anggota Pertahanan Awam membantu memindah mangsa banjir di Pusat Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Jalan Sawi, Kluang. - NSTP/Adnan Ibrahim

Beliau berkata, kerja pemindahan mangsa bermula kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan bilangan mangsa dijangka bertambah sekiranya hujan turun lewat petang ini.

Katanya, sembilan kenderaan pacuan empat roda digunakan untuk memindahkan mangsa yang terjejas dan diletakkan dalam keadaan siap sedia di PPS ini.

“Kami berharap penduduk kampung sentiasa bersedia untuk berpindah sekiranya mendapat arahan berpindah ke PPS yang ditetapkan dengan menyimpan semua barang-barang berharga ke tempat lebih selamat,” katanya.

Terdahulu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, berkenan meninjau PPS SK Seri Kencana tengah hari tadi.

Anggota Bomba menyelamatkan kucing yang terperangkap di Kampung Sungai Rambai, Simpang Renggam. - NSTP/Adnan Ibrahim
Anggota Bomba menyelamatkan kucing yang terperangkap di Kampung Sungai Rambai, Simpang Renggam. - NSTP/Adnan Ibrahim

Berita Harian X