Khamis, 12 Disember 2019 | 7:50am
Kebakaran sebuah di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Parit Buntar yang mengakibatkan dua beradik warga emas yang juga orang kelainan upaya (OKU) ditemui maut. - Foto ihsan Bomba
Kebakaran sebuah di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Parit Buntar yang mengakibatkan dua beradik warga emas yang juga orang kelainan upaya (OKU) ditemui maut. - Foto ihsan Bomba

2 beradik ditemui maut dalam kebakaran rumah

PARIT BUNTAR: Dua beradik warga emas, termasuk seorang kelainan upaya (OKU) ditemui maut dalam kebakaran rumah mereka di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang terkorban dalam kejadian itu dikenali sebagai Aisah Din, 78, dan adiknya yang juga OKU, Ida Din, 56.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.52 pagi.

Katanya, setiba di lokasi, sebuah rumah berkeluasan 9 x 12 meter persegi didapati sedang dijilat api dan disyaki ada mangsa dalam kebakaran itu.

Kebakaran sebuah rumah di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, menyebabkan dua beradik warga emas, termasuk seorang OKU, ditemui maut. - Foto ihsan Bomba
Kebakaran sebuah rumah di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, menyebabkan dua beradik warga emas, termasuk seorang OKU, ditemui maut. - Foto ihsan Bomba

“Pihak kami dengan dibantu Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Tanjung Piandang segera menjalankan operasi memadamkan kebakaran itu.

“Sejurus api dipadamkan, kedua-dua mangsa ditemui berdekatan pintu utama rumah berkenaan pada jam 2.15 pagi.

“Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman itu yang diketuai oleh Pegawai Bomba Muhammad Safuan Abd Razak, tamat sepenuhnya pada jam 6.27 pagi.

Berita Harian X