Isnin, 2 Disember 2019 | 10:02am

Banjir kilat landa dua kampung di Miri

MIRI: Dua kawasan penempatan penduduk di bahagian ini, ditenggelami banjir kilat selama lima jam bermula jam 8 malam tadi.

Kawasan terbabit ialah Kampung Lambir, Miri, dan Kampung Lusut, Taman Tunku Miri.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6, Law Poh Kiong, berkata banjir kilat itu bagaimanapun pulih kira-kira jam 2 pagi tadi apabila air surut dan hujan berhenti.

“Situasi banjir kilat di kawasan itu terkawal dan tiada penduduk dipindahkan,” katanya.

Beliau berkata, beberapa penempatan lain di bahagian ini turut dilanda banjir tetapi tidak serius.

Anggota Bomba dan Penyelamat meredah banjir untuk memantau keselamatan penempatan penduduk yang ditengelami banjir kilat di Miri. - Foto ihsan Pembaca
Anggota Bomba dan Penyelamat meredah banjir untuk memantau keselamatan penempatan penduduk yang ditengelami banjir kilat di Miri. - Foto ihsan Pembaca
Berita Harian X