Khamis, 14 November 2019 | 8:21am
Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa banjir kilat di Kampung Cheting, Hulu Terengganu, untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara. - Ihsan pembaca

Pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Terengganu

KUALA BERANG: Hujan lebat di daerah ini sejak malam tadi menyebabkan 33 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Cheting, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi.

PPS di Masjid Kampung Cheting adalah yang pertama di negeri ini berikutan banjir akibat hujan lebat.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lef Kol (PA) Che Adam A Rahman, berkata semua mangsa dipindahkan ke PPS berkenaan yang dibuka pada jam 10 malam.

Beliau berkata, hujan lebat yang berlaku menyebabkan limpahan air sungai di kawasan berhampiran yang mengakibatkan banjir kilat.

"Hujan lebat di kawasan hulu berlaku dalam tempoh sekejap, tetapi komposisi air dari atas bukit agak banyak menyebabkan berlaku limpahan air sungai sehingga rumah penduduk dilanda banjir kilat.

"Bagaimanapun, keadaan sudah semakin baik pagi ini dan banjir mulai surut.

"Mangsa dijangka boleh beransur pulang ke rumah mereka pagi ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut BERNAMA, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan kebanyakan stesen bacaan di Terengganu berada pada trend peningkatan paras air sungai.

Tiga stesen bacaan di daerah Setiu pula menunjukkan peningkatan paras air melepasi paras waspada iaitu di Sungai Chalok, Jambatan Permaisuri dan Sungai Nerus di Kampung Langkap.

Berita Harian X