Sabtu, 2 November 2019 | 2:40pm
PASUKAN Angel Nieto

Polis sahkan terima laporan kecurian di MotoGP

SEPANG: Polis mengesahkan menerima laporan daripada Bahagian Keselamatan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berhubung kes kecurian yang dilaporkan berlaku di MotoGP, semalam.

“Memang ada satu laporan polis yang dibuat oleh Bahagian Keselamatan SIC tapi tak dinyatakan secara terperinci barang yang hilang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam sebuah portal melaporkan kem pasukan perlumbaan Angel Nieto dimasuki pencuri.

Portal berkenaan memetik laporan daripada laman web Lalasport, menyatakan komponen yang dicuri termasuk set lengkap penyerap hentak, angkup dan cakera brek, komputer riba, alat bengkel dan pemanas tayar.

Pengurus pasukan Angel Nieto, Gino Borsoi dipetik berkata, spring untuk fork dan penyerap hentak belakang turut dicuri. – BERNAMA

Berita Harian X