Jumaat, 11 Oktober 2019 | 9:38am
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran melibatkan kilang kayu di Jalan Lanang, Sibu awal pagi tadi. - Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran melibatkan kilang kayu di Jalan Lanang, Sibu awal pagi tadi. - Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Kilang papan lapis musnah terbakar

SIBU: Sebuah kilang papan lapis di Jalan Lanang, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata, kebakaran itu dipercayai bermula pada jam 3.30 pagi dan api berjaya dikawal daripada merebak ke kilang bersebelahan pada jam 4.10 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.42 pagi dan operasi pemadaman mendapat bantuan lapan anggota dari BBP Sungai Merah.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran melibatkan kilang kayu di Jalan Lanang, Sibu awal pagi tadi. - Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

“Kebakaran itu membabitkan sebuah kilang berstruktur tidak kekal yang masih beroperasi membuat papan lapis.

“Sehingga jam 8 pagi ini, pihak bomba masih menjalankan operasi pemadaman,” katanya.

Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta mentaksir jumlah kerugian dialami.

Berita Harian X