Rabu, 9 Oktober 2019 | 3:44pm
KETUA Eksekutif Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling. - Foto Rosela Ismail
KETUA Eksekutif Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling. - Foto Rosela Ismail

Polis terima laporan terhadap Dr Zainal Kling

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu laporan terhadap Ketua Eksekutif Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata laporan itu dibuat oleh Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, kelmarin.

“Kita ada terima satu laporan berhubung kongres (Kongres Maruah Melayu) berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Selain itu, siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Kongres yang dihadiri lebih 5,000 peserta itu turut disertai beberapa pemimpin kerajaan dan pembangkang.

Berita Harian X