Rabu, 25 September 2019 | 1:35pm
Saksi pendakwaan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir pada perbicaraan bagi kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto Eizairi Shamsudin
Saksi pendakwaan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir pada perbicaraan bagi kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto Eizairi Shamsudin

Elaun RM120,000 sebagai Pengerusi BOA 1MDB ditetapkan Najib - Saksi

KUALA LUMPUR: Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerima elaun tahunan berjumlah RM946,000 sejak April 2011.

Mereka termasuk Pengerusi 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin yang menerima elaun sebanyak RM230,000.00, manakala Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail pula dibayar RM179,000.00.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, mendedahkan perkara itu pada hari ke-13 perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana1MDB berjumlah RM2.3 bilion yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Saksi pendakwaan kesembilan itu yang membacakan pernyataan saksinya berkata, Datuk Ong Gim Huat, Ashvin Jethanand dan beliaupula masing-masing dibayar RM179,0000.

Beliau turut mengesahkan jumlah itu dibayar dan diterima oleh semua BOD secara tahunan sejak dari tarikh ia dikuatkuasakan iaitu pada 1 April 2011, dan tiada pindaan amaun baharu dibuat selepas itu.

“Saya mengesahkan bahawa surat 1MDB bertarikh 2 Februari, 2012 yang ditandatangani oleh saya sendiri dan dikemukakan kepada Najib iaitu berkenaan 1MDB – Directors’ Fees.

“Kandungan surat itu menyatakan cadangan elaun dan bayaran kepada BOD 1MDB kepada pemegang saham 1MDB iaitu Najib.

“Amaun pembayaran yang diminta sebenarnya dicadangkan oleh Jho Low (Ahli perniagaan dikehendaki polis, Low Taek Jho) yang memberitahu saya bahawa Najib bersetuju untuk pembayaran terbabit,” katanya.

Najib, 66, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Berita Harian X