Ahad, 1 September 2019 | 2:30pm
Keadaan lori ais yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan dua lori di Jalan Pagoh-Parit Sulong, Batu Pahat. - Ihsan Bomba
Keadaan lori ais yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan dua lori di Jalan Pagoh-Parit Sulong, Batu Pahat. - Ihsan Bomba
Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika sebuah lori 10 tan sedang dalam perjalanan dari arah Pagoh ke Batu Pahat. - Ihsan Bomba
Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika sebuah lori 10 tan sedang dalam perjalanan dari arah Pagoh ke Batu Pahat. - Ihsan Bomba
Anggota bomba melakukan operasi menyelamat dalam kejadian kemalangan maut membabitkan dua lori yang bertembung di Jalan Pagoh-Parit Sulong, Batu Pahat. - Ihsan Bomba
Anggota bomba melakukan operasi menyelamat dalam kejadian kemalangan maut membabitkan dua lori yang bertembung di Jalan Pagoh-Parit Sulong, Batu Pahat. - Ihsan Bomba
 Dua pemandu lori maut apabila kenderaan berat terbabit bertembung di Jalan Parit Sulong-Pagoh, di Batu Pahat, pagi tadi. - Ihsan Bomba
Dua pemandu lori maut apabila kenderaan berat terbabit bertembung di Jalan Parit Sulong-Pagoh, di Batu Pahat, pagi tadi. - Ihsan Bomba

2 pemandu maut, 2 kelindan parah lori bertembung

BATU PAHAT: Dua pemandu lori maut apabila kenderaan berat terbabit bertembung di Jalan Parit Sulong-Pagoh, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim, berkata kemalangan kira-kira jam 8 pagi itu turut menyebabkan dua kelindan lori berkenaan mengalami kecederaan parah.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika sebuah lori 10 tan sedang dalam perjalanan dari arah Pagoh ke Batu Pahat.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan berat itu dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori.

“Pertembungan itu menyebabkan kedua-dua pemandu lori berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Azhan berkata, kedua-dua kelindan lori yang parah kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam nahas berkenaan.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Azis, berkata anggota terpaksa menggunakan alat pemotong hidraulik untuk mengeluarkan mayat Muhamad Saiful Mohd Jemain, 31, yang tersepit di tempat duduk pemandu lori membawa muatan ikan.

“Seorang lagi mangsa maut dalam kejadian itu ialah pemandu lori ais dikenali sebagai Tio Lian Seng, 46.

“Kelindan lori ikan dikenali sebagai Mazlan Mohd Mokhtar, 37, patah tangan kiri, manakala kelindan lori ais warga Bangladesh yang belum disahkan identiti pula mengalami kecederaan di bahagian muka,” katanya.

Berita Harian X