Selasa, 27 Ogos 2019 | 10:05am
Keadaan trafik sesak susulan kemalangan membabitkan sebuah lori tangki, sebuah lori membawa muatan tong gas LPG dan dua motosikal di Kilometer 269.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, malam tadi. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Trafik sesak 7 kilometer di Bandar Ainsdale

SEREMBAN: Trafik dilaporkan sesak sejauh tujuh kilometer (km) di KM 269.9, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban pagi ini, ekoran kerja pengalihan dua lori yang terlibat dalam kemalangan, malam tadi.

Menurut jurucakap PLUS, kesesakan itu berikutan lorong kiri dan tengah, masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan.

“Laluan kontra juga telah ditutup. Trafik sesak 7 km,” katanya di sini.

Semalam, tiga dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan, termasuk dua motosikal, di KM 269.9, PLUS arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban.

Bagaimanapun, maklumat terperinci kemalangan tersebut masih belum diperoleh setakat ini. - BERNAMA

Kemalangan membabitkan sebuah lori tangki, sebuah lori membawa muatan tong gas LPG dan dua motosikal di Kilometer 269.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, semalam. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Berita Harian X