Rabu, 21 Ogos 2019 | 2:58pm
BAHAGIAN Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu empat banglo tiga tingkat dijadikan pusat operasi judi dalam talian di kawasan Changkat Duta Kiara, Mont Kiara.
BAHAGIAN Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu empat banglo tiga tingkat dijadikan pusat operasi judi dalam talian di kawasan Changkat Duta Kiara, Mont Kiara.

D7 Bukit Aman serbu banglo mewah pusat operasi judi dalam talian

KUALA LUMPUR: Polis menahan 98 warga asing dari China dalam serbuan di empat banglo tiga tingkat di kawasan Changkat Duta Kiara, Mont Kiara, di sini, yang dijadikan pusat operasi judi dalam talian.

Serbuan menerusi Op Dadu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, diketuai Penolong Pengarah D7, Asisten Komisioner Mohd Hedzir Hussin, bermula kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mohd Hedzir berkata, dalam serbuan dilakukan serentak di empat premis berkenaan, kesemua warga asing dari China dipercayai pekerja pusat judi terbabit, ditahan.

Katanya, pusat judi itu dipercayai aktif mengendalikan pertaruhan sejak awal tahun lalu dengan mengaut keuntungan dianggarkan berjumlah lebih RM72,000 sehari untuk operasi empat banglo berkenaan.

“Kesemua banglo ini disewa dengan bayaran dipercayai sebanyak RM16,000 seunit dan dijadikan pusat operasi mengendalikan urusan perjudian dalam talian yang menyasarkan pelanggan penduduk di China.

BAHAGIAN Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu empat banglo tiga tingkat dijadikan pusat operasi judi dalam talian di kawasan Changkat Duta Kiara, Mont Kiara.
BAHAGIAN Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu empat banglo tiga tingkat dijadikan pusat operasi judi dalam talian di kawasan Changkat Duta Kiara, Mont Kiara.

“Hasil pemeriksaan di kesemua unit banglo, kita merampas 66 unit komputer riba, 23 set komputer, 555 telefon pintar dan 11 modem dan router.

“Kami turut menahan 98 warga China termasuk 15 wanita berusia 19 hingga 65 tahun yang bekerja sebagai penyelia menguruskan transaksi pertaruhan,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan, hari ini.

Mohd Hedzir berkata, mereka yang ditahan masuk ke negara ini secara sah menggunakan pas lawatan sosial dan menerima gaji antara RM3,000 hingga RM6,000.

Katanya, pekerja ini juga tidak dibenarkan bergerak bebas dan keluar dari banglo terbabit.

“Siasatan juga mendapati pembayaran taruhan dibuat menerusi Wechat dan perbankan dalam talian dengan bank dari China.

“Kita juga masih mengesan pemilik kesemua empat unit banglo bagi menyiasat jika wujud unsur subahat ketika menyewakan banglo terbabit,” katanya.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41C Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut.

Berita Harian X