Ahad, 11 Ogos 2019 | 12:52pm
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang dilaporkan hilang di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang dilaporkan hilang di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek

MCPF zahir penghargaan terhadap pelbagai agensi SAR Nora Anne

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menzahirkan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang bertungkus lumus di dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pihak berkuasa yang terbabit dalam misi itu wajar diberi pujian atas usaha mereka yang tidak kenal erti lelah.

“Operasi SAR yang dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk anggota bomba dan polis jelas membuktikan keikhlasan dan komitmen mereka untuk mencariNora Anne.

“Saya juga sudah menyeru ahli-ahli MCPF untuk membantu dengan cara yang termampu.

“Saya juga berharap orang ramai bersama mendoakan untuk keluarga Nora Anne dan berharap misi ini berjaya sungguhpun ia satu tugas yang mencabar,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Nora Anne yang mengalami masalah lembam sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di sebuah resort di Pantai di sini pada Ahad lalu sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, operasi SAR yang memasuki hari lapan hari ini masih gagal mengesan mangsa.

Berita Harian X