Sabtu, 3 Ogos 2019 | 1:34pm
Bandar Kuantan kelihatan berkabus dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan tahap sederhana di bawah IPU90 ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA

Jerebu di Indera Mahkota catat bacaan tidak sihat

KUANTAN: Kualiti udara di kawasan Indera Mahkota di sini, mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan bacaan data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Indera Mahkota mencatatkan bacaan IPU 103.

Menurut data itu, Indera Mahkota menunjukkan bacaan tidak sihat sejak 9 pagi hari ini dengan bacaan IPU 104 dan menurun dengan bacaan IPU 103 pada jam 12 tengah hari.

Keadaan jerebu di bandar Kuantan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 98 ketika gambar ini dirakam pada pukul 12.30 tengahari. - Foto Zulkepli Osman

Berdasarkan bacaan itu juga, empat kawasan lain mencatat IPU sederhana di iaitu Jerantut (78), Temerloh (78), Rompin (66) dan Balok Baru (77).

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU terkini seluruh negara, layari laman web apims.doe.gov.my.

Berita Harian X