Khamis, 18 Julai 2019 | 6:01pm

Buruh cabul dua anak saudara

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh direman selama tujuh hari sehingga Rabu ini selepas dipercayai mencabul dua anak saudaranya berusia lima dan tujuh tahun, di sebuah kediaman daerah ini, Jun lalu.

Lelaki berusia 43 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Rusila Nik.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk suspek terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu menceritakan kejadian berkenaan kepada bapanya yang berusia 36 tahun pada Isnin lalu.

Katanya, mangsa memaklumkan suspek yang dipanggil ‘pakcik’ itu ada menyuruh dia membuka seluar sebelum menggosok kemaluannya kira-kira jam 4 petang.

“Selain itu, adik lelakinya berusia lima tahun turut memberitahu suspek ada menyuruh dia memegang kemaluannya dan dalam masa sama suspek turut memegang kemaluan kakaknya sewaktu berada di luar rumah pada 26 Jun lalu.

“Suspek dikatakan cuba mengulangi perbuatan itu terhadap dua beradik itu keesokan harinya (27 Jun lalu) tetapi gagal berikutan ada individu di lokasi terbabit.

“Susulan kejadian itu, bapa mangsa yang bekerja sebagai peniaga membuat laporan polis dan suspek berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, semalam,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X