Jumaat, 21 Jun 2019 | 3:10pm
PASUKAN Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup 500 liter minyak diesel ke negara jiran menerusi jeti di Pasar Umum, Sandakan, pagi semalam. - Foto ihsan PPM
PASUKAN Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup 500 liter minyak diesel ke negara jiran menerusi jeti di Pasar Umum, Sandakan, pagi semalam. - Foto ihsan PPM

PPM gagalkan cubaan seludup diesel

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup 500 liter minyak diesel ke negara jiran menerusi jeti di Pasar Umum, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, sepasukan anggota melakukan pemantauan di kawasan terbabit selepas menerima maklumat mengenai penyelewengan minyak, sebelum menahan sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan kemudian menemui 25 bekas jerikin berisi diesel dalam ruang kargo bahagian belakang lori yang bertutup.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata pemandu lelaki tempatan yang berusia 50 tahun juga gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran sah untuk membawa barang kawalan itu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Minyak disyaki cuba diseludup ke negara jiran. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM11,300.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan markas operasi PPM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan.

Berita Harian X