X
Ahad, 16 Jun 2019 | 5:31pm
ISMADI Borhan
ISMADI Borhan

Tiga beranak direman lima hari

KUALA LUMPUR: Tiga beranak termasuk seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan ke atas dua kanak-kanak direman lima hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

“Siasatan sedang berjalan dan perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan kejadian penderaan itu turut berlaku di Pusat Bandar Puchong, Serdang, pada hari sama suspek ditahan.

Ismadi dilaporkan berkata mangsa yang juga pasangan adik-beradik berusia tujuh dan lapan tahun itu diselamatkan tidak lama selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan kejadian kira-kira jam 12.48 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek mempunyai hubungan persaudaraan dan sudah tujuh tahun tinggal bersama selepas kedua-dua ibu bapa mereka berpisah.

Berita Harian X