Khamis, 13 Jun 2019 | 2:50pm
VIDEO tular beberapa individu menangkap seorang lelaki warga asing yang didakwa mencabul remaja perempuan di Pangsapuri Pantai Indah.
VIDEO tular beberapa individu menangkap seorang lelaki warga asing yang didakwa mencabul remaja perempuan di Pangsapuri Pantai Indah.

Lelaki Pakistan ditahan kes cabul remaja perempuan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Pakistan ditahan bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan yang dikatakan dicabul di Pangsapuri Pantai Indah, Pantai Dalam, di sini, pada Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe, berkata lelaki itu ditangkap orang awam dan kemudian diserahkan kepada polis.

“Siasatan lanjut dijalankan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, video berdurasi selama tiga minit dan 19 saat memaparkan beberapa individu menangkap seorang lelaki warga asing yang didakwa mencabul remaja berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Insiden itu dipercayai berlaku di pangsapuri terbabit kira-kira jam 6 petang.

Berita Harian X