Ahad, 26 Mei 2019 | 4:13pm
Keadaan van selepas terbabas dan merempuh sebuah lori, di tepi jalan di Jalan Patau-Patau, Labuan. - Foto ihsan Polis
Keadaan van selepas terbabas dan merempuh sebuah lori, di tepi jalan di Jalan Patau-Patau, Labuan. - Foto ihsan Polis

1 maut, 1 parah rempuh lori

LABUAN: Seorang maut, manakala seorang parah selepas van dinaiki mereka terbabas sebelum sebelum merempuh sebuah lori yang diparkir di bahagian tepi Jalan Patau-Patau, di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, Tugang Sigi, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya yang sedang dikenalpasti identitinya dilaporkan parah dan berada dalam keadaan koma.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, berkata hasil siasatan mendapati kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari arah pusat bandar sebelum van dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh lori di bahu jalan.

Keadaan van selepas terbabas dan merempuh sebuah lori, di tepi jalan di Jalan Patau-Patau, Labuan. - Foto ihsan Polis
Keadaan van selepas terbabas dan merempuh sebuah lori, di tepi jalan di Jalan Patau-Patau, Labuan. - Foto ihsan Polis

“Bahagian kiri van berkenaan remuk teruk selepas rempuhan berlaku, menyebabkan seorang penumpang maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mengalami kecederaan teruk. Bagaimanapun, pemandu van dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Nukleus Labuan untuk bedah siasat, manakala rakannya sedang menjalani rawatan lanjut.

“Van mangsa rosak teruk, terutama pada bahagian hadapan dan dibawa menjalani ujian Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X