Selasa, 14 Mei 2019 | 3:21pm

PASKAL turun dari helikopter 'tawan' bot nelayan asing

KUANTAN: Operasi menahan dua bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan Timur Laut Pulau Redang, Terengganu, petang semalam umpama filem apabila sepasukan Pasukan Khas Laut (PASKAL) diturunkan dengan tali dari helikopter untuk menahan suspek.

Pasukan PASKAL dari kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang diturunkan ke atas dua bot nelayan terbabit menggunakan kaedah ‘fast roping’ dari helikopter Fennec sebelum menahan 18 awak-awak dan tekong warga Vietnam.

Jurucakap Bahagian Komunikasi Strategik Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Tanjung Gelang, berkata bot nelayan asing itu cuba meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran KD Pahang berhampiran kawasan mereka memukat.

“Berdasarkan pemerhatian dan rakaman video kru helikopter Fennec, awak-awak bot nelayan asing itu dilihat cuba memotong tali pukat bagi memudahkan mereka melarikan diri ke arah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) untuk mengelak tindakan pihak berkuasa.

Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan dua buah bot nelayan warga asing yang sedang menarik pukat ganding di Timur Laut Pulau Redang, Terengganu. - Foto ihsan TLDM

“Setelah hampir 30 minit dikejar, kedua-dua bot berjaya ditahan oleh KD Pahang menggunakan pasukan PASKAL yang diturunkan ke bot itu melalui kaedah ‘fast roping’ atau turun menggunakan tali dari helikopter,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Katanya lagi, operasi diketuai Pegawai Geledah KD Pahang, Leftenan Abdul Hannan Abdul Rafar itu berjaya menahan tekong dan awak-awak bot dan pemeriksaan lanjut mendapati semuanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Bot itu juga didapati menceroboh perairan negara dan melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran.

“Kita sudah menyerahkan bot terbabit kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan dua buah bot nelayan warga asing yang sedang menarik pukat ganding di Timur Laut Pulau Redang, Terengganu. - Foto ihsan TLDM
Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan dua buah bot nelayan warga asing yang sedang menarik pukat ganding di Timur Laut Pulau Redang, Terengganu. - Foto ihsan TLDM

Sementara itu, Ketua Pegawai Peperangan KD PAHANG, Leftenan Komander Mohd Adib Ikhwan

Jamaludin berkata, kehadiran dan rondaan armada TLDM serta MARITIM MALAYSIA secara berterusan di sempadan perairan negara mengakibatkan kebanyakan bot nelayan asing menukar taktik atau modus operandi mereka.

“Kebanyakan bot nelayan asing menceroboh perairan negara pada lewat petang dan melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram sehingga matahari terbit.

“Modus operandi sebegini adalah bagi mengelak dari dikesan supaya mereka dapat bermaharajalela merompak hasil laut negara,” katanya.

Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan dua buah bot nelayan warga asing yang sedang menarik pukat ganding di Timur Laut Pulau Redang, Terengganu. - Foto ihsan TLDM
Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan dua buah bot nelayan warga asing yang sedang menarik pukat ganding di Timur Laut Pulau Redang, Terengganu. - Foto ihsan TLDM
Berita Harian X