Isnin, 15 April 2019 | 10:44pm
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah. - Foto BERNAMA
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah. - Foto BERNAMA

Lelaki rugi RM487,000 ditipu sindiket Macau Scam

KUCHING: Seorang lelaki berputih mata selepas mengalami kerugian RM487,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata lelaki yang berusia lewat 20-an itu mendakwa telah menerima panggilan yang mengatakan mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit.

“Mangsa menafikan perkara tersebut kerana tidak mempunyai kad kredit, kemudian panggilan itu disambungkan ke talian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu kononnya mangsa terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan pecah amanah.

“Kemudian mangsa diarahkan untuk membuka akaun baharu dan menyerahkan butiran perbankan tersebut kononnya untuk proses penyiasatan Juruaudit Negara. Semalam, ketika mangsa menyemak semula akaun baharunya mendapati wang simpanannya itu telah lesap,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mustafa berkata, kerana takut dan panik, mangsa bertindak mengikut kesemua arahan sindiket tanpa usul periksa walaupun tahu mengenai Macau Scam melalui pelbagai saluran media. – BERNAMA

Berita Harian X