Ahad, 7 April 2019 | 8:53pm
RUMAH adik kepada pelakon, Ridzuan Hashim di Kampung Batu 17 Dusun Tua, Hulu Langat, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Rumah adik pelakon terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah dua tingkat milik ahli keluarga pelakon musnah dalam kebakaran di Jalan Hulu Langat Batu 17/114, Kampung Dusun Tua, Hulu Langat, petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden membabitkan rumah adik pelakon itu yang sinonim dengan watak antagonis, Ridzuan Hashim.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd Nudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.34 petang.

Susulan itu, katanya, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, BBP Kajang dan BBP Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan anggota dan kejadian itu tidak membabitkan mangsa.

“Anggaran kemusnahan rumah itu sebanyak 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita Harian X