Khamis, 4 April 2019 | 1:41am

Pasar Borong Selayang diserbu, peniaga pendatang asing larikan diri

SELAYANG: Beberapa peniaga warga asing melarikan diri selepas menyedari anggota penguat kuasa melakukan serbuan di Pasar Borong Selayang, di sini, dalam Operasi Bersepadu Penjaja Warga Asing, malam tadi.

Dalam operasi yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bermula kira-kira jam 9 malam, beberapa gerai buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan ditutup dan barang jualan dirampas selepas didapati tidak mempunyai permit.

Namun berlaku kekecohan sedikit apabila beberapa individu tampil mendakwa diri mereka sebagai pemilik gerai berkenaan dan mempertikaikan tindakan menutup perniagaan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dikawal selepas pemilik gerai bersetuju untuk membuat perbincangan dengan pihak yang berkenaan.

Kekecohan berlaku apa bila salah seorang peniaga tidak berpuashati ketika Operasi Bersepadu Penjaja Warga Asing di sekitar Pasar Borong Selayang. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Timbalan Yang di Pertua MPS, Datuk Dr Juhari Ahmad, berkata pemeriksaan dilakukan di deretan gerai berkenaan mendapati gerai berkenaan beroperasi tanpa permit.

“Ketika kami membuat serbuan, beberapa penjaja warga asing bertindak melarikan diri dari gerai dan meninggalkan barang jualan mereka.

“Pada masa sama, beberapa peniaga mencetuskan provokasi dengan mendakwa mereka mempunyai surat kebenaran untuk berniaga di lokasi berkenaan.

“Bagaimanapun pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki sebarang permit,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi bersepadu itu, di sini, malam tadi.

Pegawai Majlis Pembandaran Selayang MPS bersama Pegawai DBKL memunggah barangan yang di rampas ketika Operasi Bersepadu Penjaja Warga Asing di sekitar Pasar Borong Selayang. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Gerai peniagaan ikan dan ayam di tinggalkan tampa peniaga ketika Operasi Bersepadu Penjaja Warga Asing di sekitar Pasar Borong Selayang. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Juhari berkata, tapak gerai itu dipercayai dijaga oleh penjaja warga asing yang beroperasi secara haram.

“Operasi dilakukan bagi mengesan penjaja warga asing yang berniaga di sekitar kawasan pasar borong ini.

“Tindakan sita dan tutup gerai akan dikenakan terhadap individu yang didapati berniaga di lokasi yang tidak diizinkan selain tidak memiliki permit mengikut Undang-undang Kecil Penjaja (MPS) 2007,” katanya.

Operasi itu disertai lebih 100 anggota pegawai dan anggota penguat kuasa MPS, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pegawai Majlis Pembandaran Selayang MPS bersama Pegawai DBKL memunggah barangan yang di rampas ketika Operasi Bersepadu Penjaja Warga Asing di sekitar Pasar Borong Selayang. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Pegawai Majlis Pembandaran Selayang MPS bersama Pegawai DBKL memunggah barangan yang di rampas ketika Operasi Bersepadu Penjaja Warga Asing di sekitar Pasar Borong Selayang. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Pegawai Majlis Pembandaran Selayang MPS bersama Pegawai DBKL memunggah barangan yang di rampas ketika Operasi Bersepadu Penjaja Warga Asing di sekitar Pasar Borong Selayang. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Pegawai Majlis Pembandaran Selayang MPS bersama Pegawai DBKL memunggah barangan yang di rampas ketika Operasi Bersepadu Penjaja Warga Asing di sekitar Pasar Borong Selayang. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Berita Harian X