Sabtu, 23 March 2019 | 9:45am
TUJUH unit kondominium mewah yang menjadi pusat operasi judi dalam talian di Jalan Ampang, di sini, diserbu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, malam tadi.

Polis gempur tujuh kondominium mewah sarang judi dalam talian

KUALA LUMPUR: Tujuh unit kondominium mewah yang menjadi pusat operasi judi dalam talian di Jalan Ampang, di sini, diserbu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, malam tadi.

Semua unit kondominium yang terletak di tingkat yang berlainan itu dipercayai mengendalikan transaksi pertaruhan yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit dalam sehari.

Serbuan bermula kira-kira jam 9.30 malam dan diketuai Asisten Komisioner Hamzah Buman bersama 10 pegawai dan 29 anggota.

Hamzah berkata, serbuan adalah hasil risikan yang dilakukan kira-kira sebulan yang lalu.

“Ketujuh-tujuh unit kondominium ini disewa untuk dijadikan pusat operasi mengendalikan perjudian dalam talian dan sudah aktif lebih sebulan.

“Hasil pemeriksaan di tujuh unit kondominium berkenaan, polis menemui dan merampas 63 komputer, 232 telefon pintar, 12 modem dan enam buku catitan judi.

“Kami turut menahan 114 individu warga China termasuk 21 wanita kesemuanya berusia 20 hingga 55 tahun yang bekerja sebagai penyelia menguruskan transaksi pertaruhan menerusi laman web,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan, malam tadi.

Hamzah berkata, daripada jumlah yang ditahan, enam lelaki didapati sedang berjudi ketika serbuan dilakukan.

“Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM44,000 daripada keenam-enam lelaki terbabit disyaki wang pertaruhan yang digunakan dalam kegiatan judi.

“Hasil soal siasat awal, mereka yang ditahan masuk ke negara ini secara sah menggunakan pas lawatan sosial dan menerima gaji dari sindiket,” katanya.

Hamzah berkata semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41c Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Berita Harian X