Sabtu, 2 March 2019 | 6:06pm
SEORANG remaja, Mohammad Ridzuan Abdul Rani maut selepas sebatang pokok kelapa tumbang menimpanya ketika menunggang motosikal di Kampung Parit Abas, Kuala Kurau. - Foto IHSAN PEMBACA

Remaja maut ditimpa pokok kelapa tumbang

PARIT BUNTAR: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut ditimpa pokok kelapa yang tiba-tiba tumbang ketika mangsa melalui sebatang jalan dengan menunggang motosikal di Kampung Parit Abas, Kuala Kurau, di sini, hari ini.

Dalam insiden kira-kira jam 2.30 petang, Mohammad Ridzuan Abdul Rani yang menunggang motosikal jenis Honda EX5, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala selepas dihempap pokok berkenaan.

ISTERI kepada Syed Muhammad Danial bersama ahli keluarga kelihatan sedih selepas jenazah suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Bangi. NSTP/Aizuddin Saad

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.04 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi terbabit.

Sebaik tiba, katanya, anggota mendapati ada sebatang pokok tumbang dan seorang mangsa berada di bawahnya sebelum operasi mengeluarkan remaja itu dijalankan.

Katanya, pasukan itu turut melakukan kerja membersihkan laluan utama terbabit berikutan dihalang pokok berkenaan.

Difahamkan, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Berita Harian X