X
Khamis, 7 Februari 2019 | 10:08am
KEMALANGAN membabitkan sebuah bas ekspres dan lori tangki di Kilometer 409.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi. - Foto ihsan PDRM
KEMALANGAN membabitkan sebuah bas ekspres dan lori tangki di Kilometer 409.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

Pemandu maut, 10 penumpang cedera bas ekspres rempuh lori tangki

HULU SELANGOR: Seorang pemandu bas ekspres maut dan 10 penumpang cedera selepas bas yang dinaiki melanggar sebuah lori tangki di Kilometer 409.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai, berkata dalam kejadian pada jam 4.43 pagi itu, pemandu bas terbabit meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Kemalangan berlaku semasa bas berkenaan dalam perjalanan dari Kedah menuju Shah Alam, dan apabila sampai di tempat kejadian, bas berkenaan melanggar sebuah lori tangki yang membawa muatan lateks sedang bergerak perlahan di lorong kiri lebuhraya dari arah belakang.

KEMALANGAN membabitkan sebuah bas ekspres dan lori tangki di Kilometer 409.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi. - Foto ihsan PDRM
KEMALANGAN membabitkan sebuah bas ekspres dan lori tangki di Kilometer 409.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

“Akibat pelanggaran itu, pemandu bas tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian, seramai 30 penumpang berada di dalam bas dan 10 daripada mereka mengalami kecederaan di mana seorang cedera parah dan selebihnya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Bak Phai berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

“Pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun dia ditahan selepas semakan mendapati dia memiliki satu rekod dikehendaki bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X