Isnin, 4 Februari 2019 | 10:40pm
SEPASUKAN anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengangkat seorang lelaki yang mempunyai berat badan hampir 200kg untuk dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang ke wad Hospital Seberang Jaya. - Foto ihsan bomba

Bomba bantu pindah lelaki obesiti

BUTTERWORTH: Sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengangkat seorang lelaki yang mempunyai berat badan 200 kilogram (kg) untuk dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang ke wad Hospital Seberang Jaya.

Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak itu menggunakan lori lima tan untuk membawa pesakit terbabit jam 9 malam tadi.

Lelaki obesiti itu, Yusman Daud, 43, yang bekerja sebagai pembantu perubatan di sebuah klinik terjatuh di rumahnya kira-kira jam 7 pagi, hari ini.

Isteri mangsa, Roszaima Daud, 33, berkata suaminya itu terjatuh di rumah mereka di tingkat satu Kuarters Klinik Sungai Dua, Butterworth.

SEPASUKAN anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengangkat seorang lelaki yang mempunyai berat badan hampir 200kg untuk dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang ke wad Hospital Seberang Jaya. - Foto ihsan bomba

“Suami terjatuh selepas keluar dari tandas dan dia terpaksa dibawa menggunakan lori bomba ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Suami saya kemudian dipindahkan pula ke Hospital Seberang Jaya dan selepas pemeriksaan, doktor mendapati dia dalam keadaan stabil,” katanya.

Menurutnya, suaminya mempunyai berat badan 200 kg dan hanya mempunyai masalah penat.

“Suami tidak jaga makan, sebab itu badan dia naik... lepas ini saya kena nasihat dia supaya mengawal diri ketika makan,” katanya ketika ditemui di HPP, malam tadi.

Berita Harian X