Selasa, 22 Januari 2019 | 3:58pm
Polis Selangor tahan enam individu dan rampas 13 tablet dalam sebuah premis rumah kedai yang dijadikan pusat judi atas talian di Bandar Kinrara, Serdang, malam tadi. - Foto NSTP
Polis Selangor tahan enam individu dan rampas 13 tablet dalam sebuah premis rumah kedai yang dijadikan pusat judi atas talian di Bandar Kinrara, Serdang, malam tadi. - Foto NSTP

Polis Selangor berkas 6 individu terbabit judi online

SERDANG: Enam individu termasuk dua warga asing diberkas selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan judi dalam talian di sebuah premis rumah kedai di Taman Kinrara, di sini, malam tadi.

Serbuan dijalankan sekitar jam 9 malam, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hasil maklumat awam mengenai kegiatan mencurigakan di kawasan berkenaan yang didatangi beberapa individu pada waktu-waktu tertentu.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata ketika serbuan pihaknya terpaksa menyamar sebagai pemain bagi mencari peluang untuk masuk ke dalam premis berkenaan.

“Ketika serbuan diketuai Inspektor Yeap Keat Hua, kita dapati tiga lelaki sedang leka melakukan pertaruhan atas aktiviti judi dalam talian menggunakan tablet.

. Polis Selangor tahan enam individu dan rampas 13 tablet dalam sebuah premis rumah kedai yang dijadikan pusat judi atas talian di Bandar Kinrara, Serdang, malam tadi. - Foto NSTP
. Polis Selangor tahan enam individu dan rampas 13 tablet dalam sebuah premis rumah kedai yang dijadikan pusat judi atas talian di Bandar Kinrara, Serdang, malam tadi. - Foto NSTP

“Hasil pemeriksaan, kita merampas 13 tablet pelbagai jenama yang dipercayai digunakan untuk kegiatan judi atas talian dengan pelbagai bentuk permainan perjudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Khaizam berkata polis juga turut merampas satu telefon bimbit dan satu modem internet yang digunakan dalam aktiviti judi dalam talian serta wang tunai RM300 yang dipercayai wang pertaruhan.

“Semua mereka yang berada dalam premis itu masing-masing tiga pemain dan tiga penjaga ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4B(a), Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Berita Harian X