Ahad, 20 Januari 2019 | 3:11pm
LIMA buah rumah kongsi musnah dalam kebakaran berdekatan Plaza Tol Kuang Timur di Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR), dekat Rawang, malam tadi. - Foto ihsan bomba

Rumah kongsi musnah terbakar

RAWANG: Lima unit rumah kongsi musnah dalam kebakaran berdekatan Plaza Tol Kuang Timur di Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR), dekat sini, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd Nudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.46 malam.

Katanya, seramai 18 anggota menaiki tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dan Batu Arang.

“Kebakaran membabitkan lima rumah kongsi Kelas C.

“Rumah terbabit terbakar 100 peratus manakala kebakaran dapat dikawal pada jam 12.03 tengah malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita Harian X