Yan: Dua beradik berusia lima dan satu tahun maut dikelar seorang lelaki di Kampung Sungai, Yan di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, suspek dipercayai mengamuk dan menyerang seorang lelaki terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid, berkata, mangsa seorang kanak-kanak perempuan dan adik lelakinya itu yang berada di dalam bilik bersama ibunya diserang suspek yang kemudiannya mengelar mereka.
Menurutnya, suspek bagaimanapun ditahan sejurus selepas kejadian.
"Siasatan awal suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.