Selasa, 11 Disember 2018 | 7:20pm
AHLI keluarga mangsa menuntut jenazah di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun. - NSTP/L Manimaran

Identiti belum dipastikan kerana mayat rentung teruk

IPOH: Identiti enam mangsa yang ditemui rentung teruk dalam kebakaran sebuah premis perniagaan pengaturcara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini hari ini masih belum dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata kesemua mayat yang rentung itu ditemui di bahagian atas premis rumah kedai dua tingkat itu.

Menurutnya, kesemua mayat berkenaan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenalpasti identiti mangsa.

Katanya, hasil siasatan awal pihaknya mendapati kejadian jam 1.54 petang itu berlaku di tingkat atas bangunan dan semakan mendapati premis itu tidak dilesenkan sebagai tempat simpanan bahan letupan.

MANGSA kebakaran di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun. - NSTP/L Manimaran
MANGSA kebakaran di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun. - NSTP/L Manimaran

“Polis sedang menyiasat bagaimana boleh ada bahan letupan dalam premis itu kerana ia tidak dilesenkan sebagai tempat simpanan, jika kedai sebelah yang tertera pakar bahan letupan itu, ia memang dilesenkan.

“Sebab itu polis sedang menyiasat bagaimana ia boleh disimpan di premis ini, jika pemilik premis sebelah dan premis ini (individu) sama pun, ia (bahan letupan) tidak boleh disimpan di lokasi lain dan perlu disimpan di lokasi sama,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Yahya berkata, buat masa ini polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat kerana dipercayai terdapat unsur jenayah membabitkan bahan letupan disimpan di lokasi yang tidak dilesenkan.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa yang juga saksi terselamat kerana berada di bahagian luar dan pihaknya akan merakam keterangan daripada saksi itu bagi melengkapkan siasatan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sayani Saidon, berkata seramai 20 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi itu selepas pihaknya menerima maklumat terdapat mangsa dalam kebakaran itu.

ENAM orang maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju, Jelapang. NSTP/Muhaizan Yahya
ENAM orang maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju, Jelapang. NSTP/Muhaizan Yahya

Katanya, sebaik tiba, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke premis sebelah, namun mengambil masa yang agak lama untuk memadamkan keseluruhan kebakaran berikutan terdapat banyak bahan letupan.

“Bomba mendapati terdapat kesan letupan dan kesan bahan-bahan letupan, berdasarkan papan tanda premis ini adalah premis pengaturcara majlis, namun terdapat bahan letupan di tingkat atas.

“Kesemua mayat mangsa dibawa keluar dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berita Harian X